Post PRU13

Alhamdulillah… selepas tiga minggu berlalu, perasaan kecewa dan hampa sudah hilang sepenuhnya. Adat manusia, membendung rasa kecewa diatas kekalahan itu mencerminkan kita hanya insan yang lemah. Namun, berita yang paling menggembirakan disebalik kekalahan ini adalah kemenangan peti undi Sekolah Nasirudin Shah – dimana pengundi Alolete bertarung! Alhamdulillah, sudah makin ada kesedaran dari penduduk Alolete.

Usaha tarbiyyah mesti dipertingkatkan lagi. InsyaAllah. Anak2 muda mesti didorong agar cenderung kepada gaya hidup dan nilai Islami. Ilmu duniawi dan akhirat mesti seiring.

Biar dikekang kuat dari bertarbiyyah di “masjid2 kerajaan”. Namun jangan mengalah dan kurang usaha dalam dakwah dan tarbiyyah. Semua harus memainkan peranan pada setiap masa – bukan berkempen, tapi dakwah. Biar mereka tak mahu PAS, jangan sampai mereka jahil dalam Islam.

Wallahua’lam.

Advertisements

Politik Cuma Lima Tahun Sekali?

Ramai di antara kita yang tidak gemar tahu tentang politik.  Ramai yang beranggapan politik itu hanyalah untuk ahli politik (politikus?) dan berkait hal-hal kepartian.  Tak kurang juga kalangan yang beranggapan kehipuan seharian mereka tiada kaitan dengan politik kecuali bila tiba masa untuk mengundi atau memilih wakil rakyat setiap lima tahun sekali.

Alangkah meleset dan ruginya kumpulan yang beranggaan sedemkian rupa.  Apakah kita yahin dari saat bangkitnya kita dari tidur sehingga kita kembali ke bilik untuk berehat selepas seharian bekerja atau belajar atau melakukan apa-apa saja dari subuh hari sehingga lewat malam, kita tidak terlibat dengan poliitik?  Mungkin tidak secara lansung (directly affected), namun tanpa kita sendiri sedari, setiap detik kehidupan kita akan ada kaitan dengan politik!  Bukan “office-politics” maupun “politik rumahtangga” yang di maksudkan… tapi politik kenegaraan dan politik kemasyarakatan.

Bagaimana?

Samaada mahu ataupu tidak, pemilihan pentadbir atau wakil rakyat dan seterusnya kerajaan akan memberi ruang kepada semua yg terpilih untuk menentukan sebahagian besar dari tatacara dan susunan kehidupan dan kemasyarakatan.  Terutama sekali kerajaan atau pemerintah atau lebih tepat pentadbir negara. Mereka inilah bakal menggubal dan menetapkan polisi, akta, serta undang-undang bilamana sudah digezetkan akan menjadi pertauran yang mesti diakuri oleh semua rakyat dari segenap lapisan masyarakat.  Struktur percukaian terutamanya akan memberi kesan secara langsung kepada masyarakat.  Banyak lagi enakmen, polisi dan akta serta peraturan yang ada dan kita telah pun menerimanya sebagai suatu perkara yang “norm” atau biasa.

Cuba kita selidik balik apa yang telah berubah dan memberi kesan langsung kepada kita?  Bagi saya sendiri, dalam sedar tak sedar, bayaran bil letrik sudah naik melebihi 40% dari akhir tahun 2007 sehingga akhir tahun 2012.  Pada tahun 2007 dan sebelumnya, penggunaan letrik dirumah saya adalah dibawah RM300 sebulan – ya, kami pengguna letrik yang “kuat” kerana adanya banyak kipas yang sentiasa berpusing dan bermacam2 gejet lain dirumah.  Lima tahun kemudian, tiada perubahan dari segi penggunaan, namun bil letrik sudah menjangkau RM500 sebulan secara purata.

Harga barangan keperluan harian saya rasa semua tahu berapa banyak kenaikannya. Keperluan asas dirumah seperti gula, susu, beras, dan bahan2 makanan lain memang ketara peningkatannya.  Kalau di tahun 2007, belanja mingguan kami sekeluarga adalah dibawah RM200 untuk barangan ini, namun dalam tahun 2012, secara purata kami terpaksa berbelanja lebih dari RM400 utk barangan yg sama.  Malah banyak keperluan kami telah bertukar brand atau jenama kerana jenama yang kami biasa gunakan sudah mencanak harganya.  Contoh adalah sabun basuh…. serta susu pekat manis…

Mungkin ada yang bertanya apa kaitan harga runcit tersebut dengan politik.  Untuk menjawab dengan terperinci, mungkin saya tak mampu.  Tapi cukup lah sekadar saya terasa kesannya. Mungkin kerana kos pengangkutan telah meningkat dan ini di masukkan kedalam kos barangan.  Mungking juga struktur percukaian sebelum runcit ditingkatkan jadi kos ini di salurkan kepada pengguna.  Banyak lagi kemungkinannya, namun yang utama, kesan akhirnya ditanggung oleh kita – yakni, inflasi yang tidak selari dengan kenaikan pendapatan kita sendiri.

Kalau nak perincikan kesan2 dari politik dan pemilihan kerajaan “cuma lima tahun sekali” ini, akan menjadi panjanglah coretan saya ini.  Rasanya kita perlu lebih faham bahawa politik itu adalah kehidupan kita seharian.  Meski kita tidak perpolitik saban hari dan setiap hari, tapi kesannya kita tanggung dan hadapi setiap saat.  Dalam menulis ini pun, meter letrik sedang berjalan… 🙂

Repablik of Besut

Dunia tanpa sempadan makin hari semakin mengorak langkah.  Namun, kalau disalahgunakan, tiada apa-apa manafaatnya.  Dan semakin hari semakin banyak perkara2 yg boleh membawa lagha kepada kita timbul di alam maya siber.

Facebook sebuah laman sosial yg telah diasaskan oleh seorang keturunan Yahudi amatlah popular dewas ini.  Saya berdoa agar platform ini tidak digunakan oleh orang Islam untuk lebih bertelingkah sesama sendiri.  Namun, hakikatnya ia tidak boleh lari dari perkara seperti itu.

Kumpulan kumpulan kecil, atau “group”, diasaskan dlm Facebook untuk mengumpul ahli-ahli yg mempunyai minat sama.  Ada group motorsikal, ada group fotogafi dan seumanya.  Group “Repablik of Besut” telah diasaskan oleh seseorang (saya tak tahu siapa) untuk mengumpul “set set dari Besut” yg bertaburan di Malaysia… mungkin untuk bertanya khabar serta sebagai ruang untuk berbincang secara santai.  Dalam masa yg sama, isu-isu politik jugak turut di muatkan didalam group ini – malah menjadi topik perbualan utama!

Dalam banyak2 topik atau catatan di ROB tersebut, saya tertarik untuk mengulas catatan catatan dari salah sorang ahlinya…..  bukan kerana apa, tapi kerana komentar yang bagi saya besifat kitar semula.   Retorik sama yang dimainkan bertahun2 lamanya – meski penjelasan demi penjelasan diberikan, namun ianya masih tidak diterima.  Pendirian kita dalam PAS tetap sama… wadah Islam.

==============================================================

Kata beliau: bkn nk nyebelah alek mano2…tp hok ats kertas 2 ibrt satu catatan bertulis yg ditulis oleh mnusia yg berkepentingan…melenkan al-quran dan al-hadis….tengok dgn mata, nilai dgn hati,pk la erk….Xnk wk fitnah mana2 pihak pn…2 2 parti islam…sejahat2 org islam,msti ad sedetik di hati dia utk pk ttg agama suci ni….buat ap kita nk bertekak isu umno n pas yg pemimpinnya sama2 melayu islam…nape kita asyik mburukkan sesama islam…secara xsdr kita dah tnjuk kelemahan kita pd pimpinan yg bkn islam(DAP,MCA n MIC).

…. memanglah semua manusia berkepentingan… tapi kepentingan kok alah mano? hok ni lah kita kena amik tahu. Kalu kepentingan kok alah duniawi sahaja, takleh pakai lah. Kena carik yang berkepentingan seimbang antara dunia dan akhirat. Hok ni atas penilaian masing2 lah… cumanya nasihat ambo, nilai lah dgn ikhlas.

Sejahat2 org Islam, pada pandangan ambo lah, lebih bahaya dari orang kafir.  Ini pandangan peribadi deh… dan berkaitan dgn politik sahaja deh… bukan secara umum.  Sbb apa ambo kata ggitu? Pada hemat ambo, org2 hok kata lain, buat lain nih, amatlah bahaya.  Dlm Islam dan khas untuk org Islam sahaja, oghe oghe sebegini ada nama dia… digelar “munafiq”. Lebih bahaya dari oghe kafir sbb dia tahu hukum hakam dan kaedah Islam… tapi suka berpura pura dan lebih2 lagi mengelirukan bukan sahaja orang2 kafir, tapi oghe2 Islam sendiri. Ini lah sebenarnya oghe2 yg memecahbelahkan umat. Keccek lagu lain, buat lagu lain…

Kata Beliau: ap yg dmksudkan dgn islam yg sbnr?adkh islam 2 digambarkan dgn parti?….pd sy xksh umno/pas…yg penting tgok sape pemimpinnyer….kreadibiliti 2…p yg utama ttp beragama islam

Bila kita bercerita ttg senario politik Malaysia, kita tidak buleh lari dari bercerita ttg parti politik. Pemimpin dan wakil rakyat hanya timbul dari parti kecuali ada soghe duo hok bertanding atas tiket bebas. Jadi dlm kita nak tgk pemimpin, kita sebenarnya tgk kepada Parti. Untuk memilih pemimpin, kena dudok dlm parti. Kita bukan seperti Amerika Syarikat dimana Presiden nya bertanding atas dasar diri. Amik contoh, PM kita loni, naik jadi PM melalui pilharaya kah? bahkan beliau menjadi PM melalui pemilihan dalaman UMNO.  Begitu juagk sekiranya majoriti kerusi parlimen kalu dimiliki oleh Pakatan Rakyat contohnya, kita bukannya boleh undi siapa jadi PM… bahkan proses pemilihan dalaman yg menetukan… jadi amatlah penting kita menilai sesebuah parti itu. Apa aspirasi parti, apa wadah parti dan sebagainya. Apabila kita yakin dgn parti… hahhh… sokonglah…. pilihan masing2… bak kata oghe tuo tuo “tepuk dada, tanya selera”

Ambo setuju dlm kita memilih parti dan pemimpin, yg utama “beragama Islam”. Kalau ambo nak jawab secara bodo, PAS lah hok gerenti Islam. tapi itu pilihan ambo.. kalau oghe lain kata nak pilih UMNO, loh gi lah… ambo tak pilih UMNO sebab UMNO wadah dia, dasar dia adalah “bangsa” dan bukannya “Islam”… tidak menepati selera ambo ambo selepas dada ditepuk tanya.

Kata Beliau: n pemimpin yg mengeluarkan fatwa mengikut arah perubahan politik semata2 utk merebut tampuk kepimpinan negara, yg 2 ke dinamakan yg berpolitik secara islam? yg mnggunakan masjid semata2 utk berpolitik duniawi, itu ke contoh politik yg Nabi S.a.w tunjuk? yg bersekonkol dgn org yg trn naik mahkamah sbb kes yg membawa kpd nabi xmengaku umat, 2 ke contoh yg perlu di ikt oleh org yg beragama mcm ahli pas? yg mengkafirkan saudara seIslam, 2 ke lidah yg nk dijunjung? semua pemimpin ada “kedangkalan” dy yg tersendiri…baik yg nyata mahupun yg tersembunyi…yg nyata jht lbh baik dr yg jht scr sembunyi (munafik) yg mcm rakan2 2 tls kt ats 2…lebih baik dari buta perut dari buta hati….

1.   Fatwa… kena faham betol2 masaalah mengeluarkan fatwa, kaedah siapa yg buleh dan tak buleh keluar fatwa. Jgn kerana dah biasa dgn retorik pimpinan yg mmg “by hook or by crook” akan buat apa saja utk “stay in power” kekal berkuasa. Yg layak mengeluarkan fatwa disisi Islam adalah para ulama’ dalam majlis fatwa samaada diperingkat negeri atau perseketuan kalu di Malaysia lah… pun jugak Persatuan Ulama’ Malaysia kadang2 ada keluarkan fatwa… dlm Islam kita kata “Jumhur Ulama”… Jadinya khurafat berkait “pemimpin yg mengeluarkan fatwa mengikut arah perubahan politik” itu adalah ayat yg sembrono.

2.  Nampak macam byk bersandarkan kepada ‘hear say” dan retorik lama dlm berhujjah.  Dan dlm kes “org yg nabi tak mengaku umat”, janganlah pandai2 jatuhkan hukum bersalah selagi kes masih dibicarakan di mahkamah.  Kalu terjadi kepada kita sendiri contohnya dituduh berzina dan oghe kkapung semuanya sudah wat keputusan cik bersalah lagumana? Dlm proses perundangan, seseorang itu  “is innocent until proven guilty“… lebih baik kita tidak bincang atau rujuk kepada perkara2 yg kita tidak pasti salah betulnya….

Kata beliau: saudara rasanya terlepas pandang ayat yg terakhir…”yg utama tu TETAP beragama islam”….sy xmenolak scandal n korupsi sbb kesemua pemimpin terlibat dgn maksiat….cari la sape pemimpin yg xterlibat dlm maksiat melenkan Nabi sendiri….jgn menghalalkan yg haram semata2 kerana nk menyembunyikan kslpn diri sendiri..

Beliau jugak sebut pasal “munafiq” dlm tulisan beliau.  Suka sy bagi ingatan bahawasanya orang2 munafiq adalah lebih bahaya dari orang2 kafir, kerana mereka ini adalah musuh dlm selimut… dipermukaan kata nak laksana Islam, depan oghe ramai kata puasa, tapi soghe2 dlm bilik dudok makan KFC… kalau berdepan dgn Saidina Umar, orang2 begini takdok banyak soal doh, cuma perlu jawab dgn pancungan pedang Saidina Umar saja.

Wallahua’lam.

 

Golongan Ulama’ dan Abid Harus Kita Hormati

Salamun’alaik….

Saya terpanggil utk menyuarakan lagi rasa tidak selesa dgn perbuatan sesetengah dari kita (dan ada jugak dlm blog2 etc) yg dek kerana benci atau anti atau tak suka dgn PAS, mungkin dari awal atau semenjak PAS/PKR/DAP bekerjasama…

Secara spesifiknya, penggunaan panggilan2 tertentu yg kita sebagai seorang muslim tahu adalah panggilan khas utk para ulama dan ustaz serta orang2 alim. Saya sebelum ini telah nasihatkan jgn main-main dgn title spesifik yg boleh menggambarkan seolah2 menghina “title” tersebut. Mungkin niat sipengata adalah lain, tapi pada pembacaan atau pendengaran umum, mungkin ianya lain dan boleh mendatangkan tanggapan negatif.

Lebih spesifik bila di sebut “Tok Lebai Karpal” di salah sebuah forum. Kita tahu gelaran Tok Lebai ini sifatnya adalah memuliakan seseorang yg “lebai”… saya rasa semua faham bagaimana dan apa maksud “lebai” itu sendiri. Jadi bila diletakkan pada seorang bukan Islam dan dikaitkan dlm konotasi negatif… persepsi nya, sekurang2nya pihak diri saya, adalah merendahkan martabat dan kedudukan “Tok Lebai” itu sendiri. Perkara sama juga adalah serupa utk “Ustaz”, “Tok Guru”, “Tuan Haji” dan yg seumpama. Gelaran tersebut adalah bersifat memuliakan dan penghormatan kepada orang2 alim dan orang yg berilmu. Kerana adalah mustahil gelaran2 dan title khas yg kita gunakan dlm konteks orang2 Islam digunapakai utk orang2 bukan Islam serta sebaliknya. Sebagai contoh, adalah kurang beradab bila kita sebut Pastor Sipolan yg Islam atau Paderi Sipolan terhadap imam-iman kita… kalaupun si non-muslim itu seorang bertaraf Pope, adakah sesuai kita letakkan panggilan Tuan Guru John Paul?

Dan untuk meredakan rasa tidak selesa saya dgn perkara ini, saya telah bertanya kepada Tuan Imam selepas terawikh tadi… Penerangannya adalah selaras…. Konotasi penggunaan gelaran yg sememangnya mulia disisi Islam selain dari tujuan utk memuliakan adalah menjerumus kepada kebiadaban serta penghinaan kepada “Tok Guru Tok Guru”, “Ustaz Ustaz”, “Tok Lebai Tok Lebai, “Tuan Haji Tuan Haji” dsbnya itu sendiri…

Saya kongsi bukan untuk mencari kesalahan sesiapa, tetapi utk sama2 meraih ilmu. Sekiranya ada pandangan ilmuan yg lain… boleh sama2 kongsi dan boleh sama2 rujuk balikkepada Pak Iman, Ustaz atau Tok Guru serta Tok Lebai apa yg saya kongsikan ini… Semoga Allah senantiasa memimpin kita kejalan yg lurus dan benar sesuai dgn ayat2 dlm surah al-fatihah yg kita senantiasa baca didlm solat2 serta zikir kita…

Wallahua’lam.

Bersih 2.0

BACUL

bilamana kebenaran datang mendayu-dayu
perasaan bergolak bagaikan muntahan gelodak tsunami
naluri kecil tahu dan mengaku
namun isi nafsu sudah lama dimamah memakan diri
kebenaran menjadi putaran lubuk pusar
mana mungkin ditelan

bilamana ketakutan melitupi segala benak dan perasaan
gebar kuasa menjadi pelindung tanpa batasan
ahhhh!!!  aku baling ketulan kepulan asap perit
tanganku tersorok disebalik keamanan untuk rakyat
dalilku pasti kepentingan pedagang dan warga kota
mana mungkin aku diragui

kami datang berbondong bondong
santai, tangan kosong tanpa cenderahati
meski jiwa bergelodak dengan perasaan risau dan bimbang
sejarah lalu terbayang dibenak dan perasaan
pasti bermandi hujan pedih dan kabus perit
ditemani miang dan batuk terpaksa
mana mungkin kami pulang begitu saja

kami datang dengan berjuta harapan
rintihan mudah di ambil peduli
masa jauh kedepan yang terlalu panjang
agar nusa tiada bebanan di pundak cucu cicit kita
hasil gadaian segelintir yang nafsunya bermaharajalela
yang sudah lama dimamah tanpa rasa silu
mana mungkin kami didengari

ibarat anak-anak kecil dibumi pesisir laut merah
melontar batu membuak perasaan
dibalas peluru hidup tanpa peri kemanusiaan
ahhhh.... senget pertimbangan neraca permainan
mana mungkin padang dikatakan rata
rebah anak anak sudah pasti
mana mungkin mampu melawan takdir

kami tiada batu tiada senjata
laungan kebesaran rabbi perisai keyakinan
dibalas tohmahan dah ejekan jahil
disulami kekerasan yang tiada undangan
ahhhh....  kami anak anak merantih di terajang tanpa ehsan
dosa kami cuma ingin berjalan santai
akhirnya disudahi dengan larian persis olimpik
mana mungkin kami yang mulakan....

bacul.

Harakah Islamiah

Dalam kekalutan senario politik sekarang, khususnya apa yang dipaparkan perihal Pakatan Rakyat di media umum, masih ada sirnar untuk penggiat dan penyokong wadah ini…  Artikel yg mula tersiar di HarakahDaily hari ini mungkin dapat membantu para ‘pendakwah’ dalam memantapkan lagi pemahaman peribadi serta dalam menyampaikan ‘dakwah’ atau tarbiyyah mereka.  Semoga Allah senantiasa memneri petunjuk kepada semua….

PAS sebagai Harakah Islamiyyah: Peranan dan tuntutan

| Print |
Nasrudin Hassan

Sebelum membaca artikel ini, saudara perlu tahu;

1. Kertas kerja ini adalah untuk memperkenalkan maksud gerakan Islam dan peranannya secara umum . Untuk tujuan pembentangan, hendaklah ditumpukan kepada butiran yang dihitamkan sahaja. Para ahli usrah dikehendaki membaca dan memahami sepenuhnya sebagai kerja rumah.

2 – Saudara akan melihat peranan gerakan Islam yang lebih luas yang melangkaui maksud dan peranan sebuah pertubuhan politik atau pertubuhan – pertubuhan lain yang menggambarkan kesempurnaan dakwah Islam.

3 – Saudara perlu tahu kedudukan PAS sebagai gerakan politik dan dakwah.

4 – Saudara perlu memahami dengan jelas peranan setiap ahli gerakan Islam demi menjayakan misi agung Islami di dalam memimpin umat manusia sejagat.

Pengenalan

PAS hari ini sedang bergerak laju. Kelajuannya seiring dengan perubahan politik negara yang dilihat sedang mengalami proses transformasi yang akan, setidak – tidaknya mengeluarkannya daripada politik lama yang bersifat diktator dan kuno kepada politik baru yang lebih bebas, telus dan adil, jika tidak pun sampai mampu mengubah kerajaan dan pemerintahan sedia ada yang semakin lemah dan gagal.

Selain kesan positif yang diharapkan untuk PAS di dalam memperolehi sokongan rakyat yang lebih besar, seterusnya diterima rakyat untuk memperkenalkan dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup yang satu dan ideal untuk negara ini, sedikit kesilapan hasil kegelojohan dan ketidak telitian mungkin juga akan mengheret PAS ke dalam kancah konflik politik dan pertikaian yang akan merugikan dan melambatkan perjalanan PAS menuju matlamatnya.

Justeru adalah baik jika pengemaskinian kefahaman ahli PAS terhadap matlamat, peranan PAS selain tuntutan semasanya diberi keutamaan dan diperdalamkan.

Kertas ini akan mengupas peranan PAS sebagai sebuah harakah Islamiyyah atau gerakan Islam dengan memperincikan keutamaan yang harus dilaksanakan demi mengekalkannya terus relevan sebagai harapan umat yang akan menjadi kenyataan.

Maksud Harakah Islamiyah

Harakah Islamiyah difahami sebagai sebuah gerak kerja (amal) massa (sya’biy) secara berkumpulan (jamaie) yang tersusun (munazzam) dengan matlamat kembali kepada Islam untuk memimpin masyarakat dan mengarah seluruh aspek kehidupan.

Ia mestilah sebuah gerak kerja yang berterusan, bukan sekadar ceramah dan kata – kata atau tulisan dan buku walaupun ianya juga penting, tetapi ia hanya satu juzuk daripada gerak kerja yang dimaksudkan.

Maksud firman Allah; “Dan katakanlah, beramallah kamu semua, pasti Allah, rasulNya dan orang – orang beriman akan melihat amalan kamu.” – al Taubah:105

Ia juga mestilah sebuah gerakan rakyat yang tertegak di atas kesedaran dan kerelaan sendiri daripada keimanan teguh kepada Allah dan mengharapkan ganjaran daripadaNya, bukan daripada manusia.

Kesedaran diri itu adalah berpunca daripada wujudnya pergolakan di dalam diri mereka akibat pertembungan dan percanggahan di antara iman mereka yang mendalam terhadap kebenaran dan kekuatan agama Islam dengan realiti kehidupan umat yang menunjukkan sebaliknya. Maka berlakulah satu kebangkitan dan revolusi di dalam diri yang bertitik tolak dari rasa kasih terhadap agamanya, rasa cuainya diri dan umat disekelilingnya di dalam melaksanakan kewajiban terhadap ugama di dalam berhukum dengan syariat Allah, menyatukan umat di atas kalimah tauhid, membebaskan tanah air Islam daripada segala bentuk penjajahan luar di samping mengembalikan kerajaan khilafah Islamiah untuk memimpin umat seluruhnya.

Justeru gerakan Islam mestilah bersifat rakyat, sukarela dan tersusun gerak kerjanya. Adapun gerak kerja atau program rasmi Islam oleh pihak kerajaan ataupun agensinya, walaupun ia mungkin turut menyumbang ke arah kebaikan agama dan umat, tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai sebuah gerakan Islam. Ini kerana ia bergerak di atas upah dan gaji, dilaksankan oleh pegawai yang mungkin tidak ikhlas, tidak ahli dan tidak amanah, selain terikat dengan kehendak dan telunjuk politik pemerintah. Ia juga sering bertentangan dengan kehendak dan aspirasi umat sehingga mereka telah dicap sebagai ulama kerajaan (ulama’ al sulthah). Semua ini menjadikan projek Islam kerajaan tidak akan mampu menjadi amal sebuah gerakan Islam.

Justeru perlu difahami bahawa jika gerakan Islam telah menguasai sesebuah kerajaan, maka segala program kerajaan hendaklah menjadi jentera yang akan melancarkan segala gerak kerja Islam yang telah disusun rapi oleh gerakan Islam tersebut demi mencapai matlamatnya yang murni dan agung.

Dalam bahasa hari ini disebut sebagai ‘parti menguasai kerajaan’.

Harakah Islamiyah juga mestilah sebuah gerakan yang berkumpulan dan bertanzim. Ia tidak menerima gerak kerja ramai yang ikhlas tetapi berselerak walaupun amalannya tetap diterima Allah.

Maksud firman Allah; “Dan tidaklah Allah akan mensia –siakan iman kamu (amalan kamu). Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi penyayang terhadap manusia.” – al Baqarah: 143

Lihat juga al zalzalah: 7,8 dan Aali Imran: 195

Kemestian ini disebabkan oleh dua faktor utama iaitu agama dan realiti. Adapun ugama, maka ia disebabkan Islam menyeru kepada jamaah dan menolak bersendirian dan terpencil.

‘Tangan Allah di atas jamaah’. ‘Barang siapa memencil diri, dia akan terpencil di neraka’. ‘Orang mukmin saling kuat menguat’. Islam menyeru ‘berkerja sama melakukan kebajikan dan taqwa’ dan menyuruh untuk ‘saling mewasiat dengan kebenaran dan keabaran’.

Adapun realiti, maka ia disebabkan oleh hakikat bahawa sesuatu hasil itu tidak akan sempurna kecuali jika dilakukan secara bersama. kerja yang besar idak akan sempurna kecuali melalui usaha yang saling bergandingan. Sebelah tangan tidak boleh bertepuk.

Maksud firman Allah; “Sesungguhnya Allah menyukai orang – orang yang berperang di jalanNya dalam satu saf yang tersusun seolah – olah mereka bagai sebuah bangunan yang kukuh.” – al Shaff:4

Gerakan yang bertanzim bermaksud hendaklah ianya diterajui kepimpinan yang bertanggung jawab, dibina di atas asas yang kukuh dan kefahaman yang jelas, menggariskan hubungan di antara kepimpinan dan akar umbi yang diikat dengan syura yang wajib dan mesti didengari selain ketaatan yang jelas dan mesti. Islam dalam apa bentuk pun tidak mengenal jamaah tanpa tanzim hatta dalam perkara yang kecil seperti halnya dalam solat berjamaah yang bermula dengan saf yang rapi dan berterusan dengan ketaatan penuh kepada imam yang benar sehinggalah rukun salam.

Bagaimana PAS Sebagai Sebuah Parti Politik?

Satu persoalan yang sering ditimbulkan mengenai PAS adalah kedudukannya sebagai sebuah parti politik dilihat lebih menyerlah berbanding sebagai sebuah gerakan Islam.

Sebenarnya ianya tidak bertentangan, bahkan kita perlu melihatnya sebagai satu kelebihan jika dilaksanakan tuntutannya dengan tepat dan berkesan. Perhatikan sebabnya;

Pertama, PAS lahir daripada krisis politik semasa di Malaysia di saat negara sedang berjuang untuk kemerdekaan. Kelahirannya di atas pentas politik adalah cukup tepat untuk mengimbangi penguasaan golongan sekular di dalam UMNO dan BN yang berusaha memenangi dan merosakkan akidah rakyat dengan ideologi kebangsaannya.

Kedua, PAS adalah kelangsungan gerakan dakwah dan gerakan anti penjajahan yang dipelopori oleh para ulama sebelumnya. Para ulama yang berjuang menentang penjajah sebenarnya telah merujuk kepada gerakan tajdid Islam yang berpusat di Negara Arab dan Turki. Justeru peranan awalnya sebagai gerakan haraki adalah jelas.

Ketiga, dalam gerakan Islam, tarbiyah dan fikrah ibarat enjin yang mengerakkan jentera daripada dalam sedangkan tayar dan steringnya adalah politik. Justeru keaktifan PAS di dalam politik hendaklah dilihat sebagai kekuasaannya menguasai masyarakat dan tidak menjadi sebab kepada terpinggirnya lapangan lain terutama tarbiyah dan fikrah.

Keempat, dengan berdaftar sebagai sebuah parti politik, PAS mampu bergerak dalam medan yang lebih luas berbanding sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan non partisan.

Kelima, Gerakan Islam seluruh dunia hari ini telah mula memajukan diri di dalam politik hatta gerakan al Ikhwanul Muslimun di Negara – negara Arab. Maka PAS telah dilihat lebih terkedepan mengharungi dan mendepani politik tanah air.

Keenam, Jika PAS hanya gerakan politik yang bersifat ‘mesra sekular’, sudah pasti PAS telah berkubur di Malaysia bersama berkuburnya parti – parti politik pembangkang yang lain dek tekanan dan kezaliman pemerintah. Tetapi sebaliknya, PAS kekal. Ini adalah kerana kekebalannya yang merujuk kepada kekebalan sebuah gerakan Islam yang dibajai ruh Islami daripada al Quran dan al hadis.

Peranan Harakah Islamiyah

Sebuah harakah Islamiyah seperti PAS mestilah memainkan peranan yang utama di dalam gerakan tajdid Islami dan mengembalikan semula hak Islam untuk memimpin kehidupan seluruhnya selepas berjaya menghilangkan segala halangan yang menghalang.

Maksud tajdid;

Tajdid al din adalah satu istilah nabawy daripada hadis al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam sendiri: “Sesungguhnya Allah pasti akan mengutuskan untuk umat ini, di hujung setiap seratus tahun, orang yang (man) akan memperbaharui (tajdid) untuk mereka akan agama mereka.” – Riwayat Abi Daud dan al Hakim daripada Abi Hurairah dengan isnad yang sahih.

Walaupun kebanyakan ulama melihat bahawa kalimah ‘man’ itu merujuk kepada individu, tetapi beberapa ulama terkemuka seperti Ibn al Athir dan al Hafiz al Zahabi pula melihat ianya bukanlah satu kemestian, bahkan ianya mungkin bermaksud satu kumpulan ulama yang bersama – sama membawa tajdid agama.

Dan, alangkah benarnya jika kumpulan ulama yang melakukan tajdid ini membentuk satu madrasah atau gerakan pemikiran dan amal yang tersusun dan saling bahu – membahu. Inilah syarah terhadap al hadis di atas yang paling baik dan realiti (waqiey) untuk kebangkitan umat Islam hari ini mengikut pandangan al Syeikh Yusuf al Qaradhawi.

Apakah yang perlu ditajdidkan?

Tajdid yang perlu dilaksanakan oleh gerakan Islam hendaklah tertumpu kepada tiga perkara utama;

Pertama, membentuk sebuah pasukan Islam yang mampu memimpin masyarakat hari ini dengan Islam yang benar dan menyeluruh dan merawati penyakit mereka dengan penawar bersumberkan Islam itu sendiri. Pasukan Islam ini hendaklah memiliki tiga sifat utama; iman yang mendalam, kefahaman yang jelas dan ikatan yang kukuh.

Kedua, membentuk pandangan umum rakyat majoriti yang menyokong pasukan Islam tersebut dan memberikan bantuan dan kasih sayang mereka kepadanya selepas mengenali matlamat perjuangan dan melihat keikhlasan dan kekuatan mereka.

Ketiga, membentuk satu iklim sejagat yang mula menerima kewujudan dan hak umat Islam selepas mereka ( non muslim ) memahami hakikat risalah dan peradaban Islam dan bebas daripada ikatan – ikatan lampau yang begitu pesimis, gelap dan tidak adil terhadap Islam disebabkan sejarah pertembungan yang berterusan di antara Islam dan kekufuran.

Pandangan umum sejagat yang positif inilah yang akan membuka dada mereka untuk menerima kehadiran dan hak umat Islam untuk menyusun kehidupan mereka berlandaskan hukum agama mereka sendiri di dalam negara umat Islam yang majoriti sebagaimana ianya bertepatan dengan seruan demokrasi yang dilaungkan oleh dunia mereka sendiri.

Keutamaan – Keutamaan Semasa Harakah Islamiyah

Medan kerja untuk gerakan Islam seperti PAS hari ini menjadi semakin luas dan adalah menjadi kewajiban ke atas pimpinan gerakan untuk mengkaji dan mendalaminya dengan penuh teliti berpandukan fakta dan statistik yang benar agar.

Di antara medan amal yang utama adalah seperti medan tarbiyah yang bertujuan membina pasukan dakwah yang cemerlng yang memiliki fikrah yang jelas, akidah yang teguh, akhlak yang baik, ibadah yang ikhlas serta manhaj perjuangan yang moden untuk menggerak dan menyatukan umat di atas tali Islam yang syumul.

Begitu juga dengan medan politik yang bertujuan membebaskan kuasa dan pemerintahan daripada tangan golongan yang lemah dan khianat kepada tangan mereka yang gagah dan amanah serta bersih daripada sifat takabbur yang mampu memimpin umat Islam dan kemanusiaan menuju kecemerlangan.

Begitu juga dengan medan ekonomi demi membangun kekayaan umat dan membebaskan diri daripada mengikut telunjuk musuh serta menanggung hutang ribawi seterusnya menubuhkan syarikat – syarikat perniagaan dan yayasan – yayasan yang akan memajukan ekonomi umat.

Selain itu adalah medan ijtima’ie dan kemasyarakatan yang bertujuan menyelami masalah umat dan membantu mereka keluar daripada kejahilan, kemiskinan dan penyakit serta menyelamatkan mereka daripada serangan golongan musuh yang menjadikan kemiskinan umat sebagai peluang menukar keyakinan dan akidah mereka.

Medan – medan amal seterusnya adalah medan dakwah dan penerangan, medan jihad, medan pemikiran dan ilmu, medan hiburan dan seni serta medan sukan dan riadhah yang semakin besar dan luas kesan dan pengaruhnya ke atas kehidupan umat Islam hari ini.

Dengan perluasan lapangan kerja yang semakin membesar dan kompleks, adalah menjadi tanggung jawab untuk kepimpinan gerakan Islam memastikan setiap medan itu dipenuhi dengan pengagihan tenaga kerja yang cukup dan seimbang bergantung keperluan di medan selain kemampuan gerakan. Pengabaian terhadap mana – mana lapangan amal tersebut akan memberikan kesan yang kurang selain membuka ruang untuk musuh melebarkan jaringan maker mereka.

Empat Yang Utama

Dr Yusuf al Qaradhawi berpendapat bahawa pemusatan dan kesegeraan hendak digerakkan kepada empat lapangan amal yang paling penting untuk diterokai dengan jayanya iaitu;

Pertama, di alam lapangan pemikiran hendaklah diberi tumpuan yang mendalam dan pencerahan yang baru ke atas beberapa kefahaman Islam yang penting. Ini dinamakan al fiqh al jadid. Di antara kefahaman yang mesti diketengahkan ialah fiqh al awlawiyah, fiqh al muazanah dan fiqh al maqasid.

Kedua, di dalam lapangan dakwah hendaklah ditumpukan kepada beberapa sektor dan kelompok masyarakat yang tertentu yang berpengaruh. Rakyat marhaen mestilah diselami kehidupan mereka. Kelompok perniagaan, bidang – bidang kewanitaan dan golongan akademik sebagai contoh adalah medan yang perlu dimedani dan dikuasai.

Ketiga, di dalam lapangan tarbiyah hendaklah ditumpukan kepada pembinaan kualiti yang tertentu ke atas kelompok kepimpinan masa depan terutama di dalam sudut fikrah dan iman. Inilah medan paling utama. Inilah kumpulan hari ini yang mengambil peranan kumpulan sahabat di zaman RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Keempat, di dalam lapangan politik hendaklah ditumpukan kepada pemajuan pemikiran dan praktikalnya di dalam politik hubungan dalam dan luar negari termasuk dengan non muslim agar dapat keluar daripada masalah dalaman dan sekatan oleh pihak luar selain merealitikan maksud kealamiahan Islam. Kefahaman politik yang terlalu dibayangi ujian dan serangan musuh yang mewujudkan politik perang, politik ekslusif dan politik taqlid hendaklah diperbaharui kefahamannya agar gerakan Islam terus maju atau setidak – tidaknya tidak terus ketinggalan di dalam memahami seterusnya memimpin umat.

Penutup

PAS adalah sayap dan jentera sebuah gerakan Islam sedunia yang lahir daripada sunnah perjuangan dan tuntutan agama. Ia lahir daripada keruntuhan yang menuntut binaan baru ke atas khilafah Islamiyah. Justeru PAS mestilah memiliki segala ciri – ciri gerakan hizbuLLah demi mendapat janji kemenangan daripada Allah.

Gerakan Islam hendaklah sentiasa membuka pintu kepada lambaian tajdid Islami terutama di zaman hari ini yang semakin cepat berkembang dan berubah. Apapun yang lebih penting adalah menjaga keaslian sebuah gerakan dakwah nabawiyah untuk umat manusia sejagat.

Selepas membaca artikel ini, saudara telah memahami;

1 – Gerakan Islam adalah sebuah gerakan ke arah Islam yang sempurna dan menyeluruh sebagaimana dendangan dan tuntutan al Quran dan al Hadis.

2 – Gerakan Islam saling bersatu di seluruh dunia demi mencapai matlamat Islam membina khilafah Islamiyah yang unggul.

3 – Kepentingan tajdid Islami di dalam menyempurnakan proses pembinaan harakah dan pencapaian matlamat.

4 – Memahami politik Islam dalam konteks PAS sebagai gerakan Islam.

5 – Memahami keutamaan kerja, pengagihan tugas dan penumpuan dan kepakaran demi kesan dan hasil yang sempurna dan menyeluruh.

Panel:

1 ) Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan Tantawi

2 ) Ustaz Hj Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

4 ) Ustaz Hj Riduan bin Mohd Nor

5 ) Ustaz Hj Nik Mahadi bin Nik Mahmood

6 ) Ustaz Hj Mohd Asri bin Mat Daud

7 ) Ustaz Hj Zulqarnain bin Hassan

8 ) Ustaz Hj Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin al Joofre

Sekolah Satu Aliran….

Salamun’alaik….

Sejak kebelakangan ini, timbul (lagi) isi berkait sekolah dan alam persekolahan. Kalau dulu – masih belum sesesai sepenuhnya saya rasa – isu bahasa begitu hebat di debatkan, kini bising pula isu sekolah satu aliran. Entah mengapa ianya begitu hangat diperkatan pada bulan Oktober ini.  Mungkin kerana ianya adalah kesinambungan dari slogan 1Malaysia.

Saya tertarik dengan artikel The Sun: The “1Malaysia” Dilemma (29 Oktober 2009)

THE four main places for racial integration in Malaysia are:

» where we study;

» where we work;

» where we live; and

» where we entertain, play games and visit.

Of the four, education is the most important as it shapes our values and outlook from a young, tender and impressionable age and through our formative years. But our diverse national education system, which allows the freedom of choice for parents, is stuck in a dilemma……

sila klik link diatas kalau nk baca artikel penuh…

Meskipun artikel itu mengupas secara baik ttg sistem pendidikan negara, namun rumusan ataupun cadangan penulis tersebut masih lagi terlalu umum, IMHO…

What is the way forward for our education system?

Curbing or closing down the vernacular schools would be unjust, against past understanding and the principle of free choice and would create social unrest.

The government can do more and invest its resources more efficiently to make national schools more attractive to non-Malays. There should be less talk and more action to implement what has already been announced and agreed upon.

Perhaps what is needed is an overhaul of our education system in the spirit of 1Malaysia, which must include greater usage of English and a comprehensive programme to attract and train the right kind of people as good teachers with the right skills and knowledge and the right outlook on national unity.

Persoalan ‘sekolah satu aliran’ sebenarnya  tidak boleh tidak adalah berkait rapat dgn 1Malaysia yg digembar-gemburkan kini.  Satu ‘buzzword‘ baru menggantikan yg lama – “Islam Hadhari”.  Apakah yg cuba dibawa dgn slogan 1Malaysia?  Semua tahu intipatinya adalah integrasi atau perpaduan antara berbilang kaum yg mungkin boleh diterjemahkan kepada suatu identiti “bangsa Malaysia“. Bukan perkara baru dan mungkin ini suatu cedokan dari barat.

Lalu persoalannya, bagaimana mampu integrasi/perpaduan diserlahkan dan dicapai bagi seluruh rakyat Malaysia. Bukan perkara enteng. Tidak mudah. Sedangkan di banyak negara maju perkara ini masih lagi terkapai-kapai. Mungkin ada disesetengah kawasan pergaulan antara kaum begitu bersahaja, namun lebih byk lagi pertempatan dimana polirisasi budaya masih ketara.

Tanpa berceloteh panjang, dan utk menjawab soalan ‘satu aliran sekolah’ ini, mungkin saja dgn persoalan adakah satu aliran sekolah mampu membentuk masyarakat yg secara natural berpadu? Pada hemat saya, amat payah. Kenapa? Dari pengalaman sendiri dlm mengharung kehidupan di kampung yg meski hampir kesemua rakan sekolah adalah dari bangsa yg sama, namun masih wujud klik-klik serta puak-puak samada berasaskan daerah atau kampung serta juga dari segi tahap ‘kelas’ keluarga.   Jadi, bagaimana mungkin kita kelompokkan semua bagai rojak mampu menjamin integrasi? Mungkin jawapannya bukan dari segi sistem. Dan ini lah yg saya percaya. Sistem boleh dipelbagai. Tetapi pengisian atau perisian dlm sistem-sistem tersebut harus ada suatu asas atau platform yg serasi.

Kita harus melihat kepelbagaian bangsa itu sebagaimana yg telah di rancang oleh penciptanya, yakni untuk saling kenal mengenali antara sama lain. Bagaimana mungkin kita mahu berkenal-kenal bilamana kita adalah dari satu kelompak yg sudah integrated? Apa yg utama bukan force-feed nilai-nilai suatu budaya mahupun ambil sikap toleransi tolak ansur. Kita perlu menyemai sifat dan nilai2 hormat serta bersangka-baik diantara kaum, diantara budaya, diantara puak, diantara kabilah, diantara klik-klik yg ada.

Mungkin cara lebih baik adalah pengajaran kerohanian disekolah-sekolah aliran mana sekalipun. Kementerian Pendidikan boleh dan perlu memainkan peranan dlm menggariskan serta mempastikan subjek2 umpama “tata rakyat” atau “pendidikan agama” serta “kebudayaan” semua kaum di ajar sebagai matapelajaran wajib di mana2 sekolah sekalipun. Kerana, pada hemah saya, hanya dgn menerapkan prinsip keagamaan serta nilai-nilai murni sahaja seseorang manusia itu akan menjadi murni dan god-fearing. Dan ini bakal disusuli pula dgn nilai saling hormat menghormati tanpa mengira budaya, agama atau kasta.

Melentur akar biar dari rebung. Jadi perlu sekali, dgn ikhlas, pihak berwajib tidak takut dgn tadika-tadika serta pra-sekolah yg kurikulumnya lebih byk berasas penerapan nilai keagamaan serta prinsip2 murni. Dari situ, diperingkat sekolah rendah, teruskan penerapan melalui subjek2 berkaitan juga. Dimana saja Ahmad, Ah Kow, Ramasamy, John dsbnya bersekolah, mereka sedia di-didik tentang budaya dan culture kaum bangsa lain menerusi satu matapelajaran berkaitan ‘diversity in culture’ ~ agar mereka ada kefahaman serta boleh menghormati budaya2 lain selain budaya mereka sendiri.

Kita akan hanya dapat melihat penyelesaian bilamana kita nampak semua bangsa itu adalah dari kelompok manusia. Dan manusia tertakluk kepada peraturan yg telah digariskan penciptanya.  Tidak mengapa ada kepelbagaian dan perbezaan budaya serta tatacara hidup. Yang lebih utama adalah meletakkan sesuatu pada tempat sepatutnya. Manusia adalah hamba yg bebas memilih hatta agama mereka sendiri (meski hanya Islam agama pencipta manusia).   Jadi mengapa hak memilih bagaimana anak2 manusia belajar harus disempitkan?

Pun begitu, usul dan isu sekolah satu aliran ini pernah hangat diperkatakan beberapa tahun dulu.  Ini petikan berita Utusan Malaysia berkait hal ini.

Utusan Malaysia 20 mac 2001
Nik Aziz tidak setuju sekolah satu aliran

KUALA LUMPUR 19 Mac – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah mewujudkan sekolah satu aliran kerana ia akan menyekat kaum Cina dan India daripada menguasai bahasa ibunda mereka.

“Islam menyebut bahawa bahasa itu nikmat daripada Tuhan. Berlainan bahasa dan kulit menandakan kebesaran Allah. Jadi perlu diberi peluang kepada tuan punya bahasa untuk guna bahasa mereka,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan juga perlu membenarkan kewujudan sekolah aliran Cina sebagai menghormati bahasa dan sastera kaum itu yang telah lama wujud.

“Kalau orang Cina sekat bahasa Melayu, kita rasa macam mana. Orang Cina begitu juga, dia ada sastera dia, bahkan sastera dia lebih tua daripada sastera dunia lain, ” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan tokoh pendidik supaya kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran bagi meningkatkan perpaduan antara kaum di negara ini.

Terdahulu Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Kanan Singapura, Lim Kuan Yew bahawa sistem pendidikan di Malaysia tidak membantu memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor pula berkata, langkah mewujudkan sekolah satu aliran perlu dikaji secara mendalam bagi memastikan ia tidak memberi kesan negatif kepada negara pada jangka masa panjang.

“Jangan melakukan sesuatu perkara secara ad hoc, perlu ada kajian yang mendalam. Ini bukan untuk sehari dua atau setahun dua. Bila sesuatu dasar dilaksanakan ia memakan masa yang lama,” tegasnya.

Tambah beliau, kerajaan boleh meneruskan hasrat mewujudkan sekolah satu aliran sekiranya Kementerian Pendidikan boleh menyiapkan satu laporan meyakinkan berdasarkan kajian mendalam.

Setiausaha Agung DAP,Kerk Kim Hock pula menggesa kerajaan mewujudkan satu dasar yang boleh menjadi alat untuk merapatkan hubungan antara kaum di negara ini jika ada.

Beliau berkata, cadangan mewujudkan sekolah satu aliran tidak akan membantu menyelesaikan isu hubungan kaum kerana telah terbukti negara-negara lain yang mengamalkan dasar seumpama itu tetap berhadapan dengan masalah tersebut.

Tegas Kerk, walaupun Malaysia melaksanakan sistem pendidikan yang liberal tetapi sehingga kini rakyat hidup dalam keadaan aman walaupun sesekali terjejas akibat isu yang berbau perkauman.

Ditanya sikap DAP yang menentang penubuhan Sekolah Wawasan sedangkan ia dirancang oleh kerajaan untuk tujuan perpaduan kaum, katanya, komuniti Cina masih bimbang identiti sekolah jenis kebangsaan akan terhapus.

Sementara itu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, jika sekolah satu aliran hendak dilaksanakan sistem pembelajarannya mestilah mengambil kira kedudukan bahasa ibunda kaum-kaum tertentu sebagai bahasa yang penting untuk dipelajari di sekolah.

“Sebelum ini soal bahasa ibunda tidak diambil kira sekarang kita mahu jika sekolah satu aliran hendak diadakan faktor itu mestilah diberi perhatian serius,” katanya lagi.

Menurutnya, isu pergaduhan di Jalan Klang Lama tidak harus dikaitkan dengan penubuhan sekolah satu aliran kerana ia melibatkan masalah ekonomi dan kemiskinan bukannya tentang pembelajaran di sekolah.

Penubuhan sekolah satu aliran katanya, perlu dibincangkan secara serius kerana ia boleh menimbulkan pelbagai implikasi terhadap penduduk berbilang bangsa di negara ini.

Naib Presiden MCA,Datuk Dr. Fong Chan Onn pula berkata, MCA mencadangkan supaya sistem pendidikan yang ada sekarang dikekalkan dan tidak diganti dengan sekolah satu aliran.

Bagaimanapun beliau berpendapat adalah lebih baik jika sekolah-sekolah kebangsaan serta sekolah-sekolah jenis kebangsaan dibina berhampiran bagi menggalakkan interaksi di antara pelajar.

“Kemudiannya kita boleh rancang program-program seperti hari keluarga dan sukan secara bersama supaya mereka boleh berinteraksi antara satu sama lain,” katanya.

Wallahua’lam.

Kenapa Anda Harus Menyokong PAS

Salamun’alaik….

Sudah agak lama jugak saya biarkan blog saya ni gersang.  Mungkin kerana bahang pilihanraya sudah agak suram.  Mungkin.  Tapi rasanya saya sedikit pre-occupied dgn tugas serta tanggungjawab yg pelbagai.  Namun begitu, dlm kehidupan seharian sy, sama seperti para pejuang lain, sy masih lagi membawa sedikit usaha tarbiyah kepada rakan2 serta kenalan bilamana ada ruang.

Salah satu ruang yg sering sy isi dgn tarbiyyah perjuangan adalalah forum2 yg tumbuh melata bagai cendawan segar selepas hujan.  Alhamdulillah, forum2 sebegini dapat membuka jalan untuk kita sama mendedahkan apa erti perjuangan, apa hasrat kejayaan.   Namun, sayugia suka sy ingatkan, dari pengalaman, kita tidak boleh gelojoh dan emosional dlm mempertengahkan idelogi mahupun hasrat perjuangan kita ini.  Bukankah pengalaman masa lalu mengajar kita bahawa sifat rakus akan hanya membuka peluang kepada pihak lawan bilamana tersasar atau terkasar dari segi penyampaian?

Neway, forum maya dimana sy agak aktif ini bukanlah sebuah forum politik.  Namun, ada satu thread untuk ahli bertukar pandangan berkait hal2 politik dan negara…..  dan bilamana ada soalan “kenapa kita harus sokong PAS?” diutarakan oleh salah sorang forumer dlm thread tersebut, sy (serta juga ramai lagi pendokong perjuangan) macam mengantuk disorong bantal.

Lantas banyaklah pandangan dan hujjah dari para PASist – semuanya mempertahankan ideologi PAS dan ada  juga yg membandingkan keburukan pihak lawan sebagai hujahan.   Nah!  Peluang didepan mata untuk saya segera membelai minda mereka2 yg masih kental dgn ketuanan Melayu. Makanya, setelah dicongak dan di uli, saya rasakan lebih efektif sekiranya saya utarakan jawapan dlm bentuk sinis tapi tegas… berikut apa yg tercetus dari saya didalam forum tersebut…

Soalan:  kenapa harus sokong PAS?

Setelah lama pikir punya pikir, sy rasa jawapan yg paling mudah diterima adalah jawapan yg MUDAH... Jadi sy ringkaskan…..

Saya sokong PAS kerana….

PAS – Parti Allah Sayang
PAS – Parti Ahli Syurga 
PAS – Parti Anda Semua

Izinkan sy bagi tiga dulu – bukan fansuri bukan fatamorgana, tapi gubahan delikat dlm menterjemahkan P.A.S.

Kalau nak carik ujung pangkal, boleh dipermudahkan. Tapi kalau nak singkap dahan dan ranting segala, tiga penggal bersidang mungkin belum boleh terlerai…
Tanpa berkias bermadah, Ujungnya ‘redha’ pangkalnya ‘amal’. Saya, Islam insyaAllah dan alhamdulillah. Dengan sedikit ilmu yg ada, getir utk saya amalkan.   Kenapa?  kerana saya mahu Allah sayang saya. Saya sayang Allah. Allah bagi al-qur’an sebagai panduan. Owner’s Manual.   Tapi sy bukan pandai terjemah semua yg ada dlm owner’s manual tuh. Allah sayang saya.   Allah kirimkan mekanik untuk kadang-kadang repair, dan banyak bagi tunjuk ajar dlm menterjemahkan isikandungan manual tersebut.   Siapa?  Siapa lagi kalau bukan penghulu kita Muhammad s.a.w.     MasyaAllah… !!!   bagaimana mungkin saya belajar begitu banyak sedangkan Rasulullah sudah lama wafat? maka, sekali lagi perencanaan Allah itu maha teliti.
Diwariskan para anbiya’ serta seetrusnya waliullah sehingga ulama’muktabar yg berangkai terus sehingga nabi besar kita. Sanad yg jelas perlu kita pelajari!!!   Dipendekkan cerita, untuk yg percaya selepas selidik segala, PAS dipelopori ramai dari para ulama’ muktabar ini.  Allah sayang mereka2 yg memartabatkan PAS.
Parti Allah Sayang…..

Untuk yg biasa dgn remehtemeh pertubuhan dan kepartian, tentu sekali akan kenal mesra dgn perlembagaan tubuh parti. Selidik dan kajian lebih meyakinkan saya kemana hala tuju Parti Allah Syg ini.  Kalau dikata sy juga pernah menelaah isikandungan yg parti kebangaan ibu-ayah sy dulu kini dan selamnya itu, mungkin ramai yg kata “itu hanya penyedap cerita”.  Namun hakikatnya sy hanya mampu memberi pengakuan peribadi sahaja.  Apa yg penting, paling ketara perbeazaan antara keduanya adalah “al-qur’an”. Perlembagaan P.A.S jelas meletakkan al-qur’an ditempat sepatutnya-paling teratas dari segala kehendak perlembagaan. Percanggahan bermakna yg lain-lain perlu berdiam.    Nah!   inilah yg sebenar-benarnya sebagaimana para ulama’ dan anbiya’ ajarkan.  Untuk mendapat keredhaanNya seratus persen perlu percaya.

Percaya kepada apa ya?  Tentu sekali Rukun yg lima…  lima inilah yg hanya mampu mebawa sesiapa saja ke syurga.  Kurang satu, bermakna peluangnya terbatas jua!    Apakah perlu saya ulangi apa Rukun Islam itu… tentu sekali tidak!  Kerana sy yakin dan percaya semuanya  mahir tentangnya.
Apa kaitannya dgn P.A.S… segalanya! Bilamana berhadapan dgn suasana moden berasaskan demokrasi berparlimen, jalan untuk menerajui dan mensyiarkan Rukun yg lima itu harus juga
melalui apa yg ada didepan mata.  Makanya perlu ada satu daya-usaha dlm menegakkan sebuah kerajaan yg disarankan oleh al-qur’an dan Rasulullah.  Darul Islamiyah (bab ini mungkin
sy pohon para sarjana berkait huraikan
).   Di malaysia tercinta ini, inisiatif ini telah dipelopori oleh para ulama’ awal yg seiring dgn pejuang menuntut kemerdekaan.   Namun, dipertengahan jalan mereka diabaikan malah di tikam dari belakang.   Bukan menjadi masaalah kepada pendokong-pendokong menegakkan kebenaran kerana kalah menang tetuan tuhan.   Berjuang tetap berjuang…kerana Allah hanya menjanjikan Syurga untuk yg kalah atau menang bilamana perjuangan adalah  untuk menegakkan Darul Islam! Parti Ahli Syurga…

Banyak diperkatakan tentang Allah, Islam dan syurga. Bagaimana pula dgn yg tidak percaya?   Hidayah belum mereka terima.   Allahuakbar!!! Sedangkan bapa saudara sendiri nabi kita tak mampu untuk yakinkan, inikan pula saya/kita yg daif dan hina.  Kerana sejauh mana kita usaha, sedalam mana kita mencuba, HIDAYAH itu adalah Allah yg punya. Puncanya senang namun ramai yg masih curiga. Sedang yg mengaku Islam pun ramai meraguinya.   Apa?  Tentu saja kitab kita, al-Qur’anul karim!   Allah turunkan qur’an bukan untuk orang Islam sahaja. Qur’an adalah panduan untuk seluruh umat manusia dan alam maya!   Cuma bezanya, antara percaya atau tidak percaya. Lain kata,  “berimankah kamu dgn al-Qur’an?”    kalau jawapannya “ya”… alhamdulillah kita sudah mendapat cahaya… kalau “tidak”, masih belum terlepas mereka dari bahana “owner’s manual” ini.
kalau tidak dirujuk kepada “manual“, bila ada yg tak kena, salah siapa?    Bukan orang lain, malah kita jua…. P.A.S menjamin keadilan dan kesahteraan kepada semua, bukan hanya untuk orang islam sahaja. Kenapa, kerana perlembagaannya tertakluk kepada al-qur’an yg nyata adalah owner’s manual untuk semua manusia tak kira Islam atau sebaliknya!     Parti Anda Semua.

Saya rasa cukup dulu dari saya yg kerdil dan jahil ini. Masih byk lagi perlu dipelajari, dan sy sentiasa berdoa sy meraih ilmu dari yg sanadnya sampai kepada para nabi…
Namun suka saya betulkan soalan asal… patutnya begini:
Saya tidak harus menyokong PAS, tapi sebaliknya sudah jadi wajib ke atas saya.

wallahua’lam.